Monday 12 December 2011

Dengarkan lagu 'Sahabat Selamanya'

Uji minda : Isi tempat kosong dengan kata ganti nama diri yang betul.

Soalan

1. Terima kasih _______ ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
2."Tolong berikan pen itu kepada ______, " kata Akim kepada Adira.
3. Ampun tuanku, sembah ______ harap diampun.
4. ______ akan berjaya jika rajin berusaha.
5. Saya akan pergi ke rumah ______ esok.
6. _____ merupakan anak emas Encik Fazly.
7. Cikgu Lily seorang yang tegas namun, _____ sangat penyayang.
8. Upin dan Ipin sering bergaduh walau bagaimanapun ________ tidak pernah berpisah.
9. _________ mempunyai seorang puteri yang sangat cantik.
10."________ akan belajar bersungguh-sungguh'" kata Saiful dan Zaini.

Selamat mencuba !

Penerangan Tentang kata Ganti Nama Diri 1,2, dan 3. Murid-murid jangan lupa untuk membuat catatan

Mari Belajar Tentang Kata Ganti Nama Diri

Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama bagi orang. Terdapat tiga jenis kata ganti nama diri iaitu ;

1. Kata ganti diri pertama
2. Kata ganti nama diri kedua
3. Kata ganti nama diri ketiga

Murid-murid boleh mengenal pasti setiap kata ganti nama diri dengan melihat 'youtube' yang cikgu paparkan di dalam blog ini. Cuba lihat dan belajar.

Monday 10 October 2011

Sehari selembar benang, 
lama-lama menjadi kain...

Di mana ada kemahuan,
di situ ada jalan...

Hendak seribu daya,
tak hendak seribu dalih...

Kalau tak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya...


Mudah-mudahan niat suci menjadi guru yang berdedikasi dan komited akan tercapai. Hari ini kita merangkak, esok kita mula bertatih, lusa berjalan dan tulatnya kita akan berlari  untuk sampai ke garisan penamat...saya bangga menjadi seorang guru.